Sunday, May 22, 2011

mu sokong mano, boh?

"demo duk kelate..mano?"

"kawe duk besut..buke kelate."

"duk besut pun..dekat nga kelate jugok.puok-puok sini panggil 'republic of besut' "

antara dialog yang pernah wujud masa aku belajar kat sarawak dulu.ayat ni timbul masa sesi silaturrahim geng-geng dikir barat.

11 jun 2011, sabtu bertempat di kuala lumpur..
bukit jalil.
dua negeri tetangga terengganu dan kelatan
akan tunjuk 'gedebe' dalam final bolasepak piala fa.

sejarah baru untuk kedua-dua negeri..yang sentiasa bermusuh dalam bolasepak.
tetapi berkongsi
budu..
nasi dagang..
batik..
dan songket.

aku budak besut..bercakap 100 peratus loghat kelantan.tetapi anak kelahiran terengganu dan mencari rezeki dengan kerajaan negeri terengganu..pening memikirkan pasukan mana yang hendak disokong.

ditambah lagi bendera daerah besut sama warna dengan kelantan..
merah.
warna keberanian.

dan yang pasti final nanti.
aku bersikap neutral.
menyokong kedua-dua.
tiada baju warna merah.
tiada baju warna putih.
yang ada baju malaysia.
kuning keramat.

ayuh anak terengganu..
ayuh anak kelantan..
gegerkan kuala lumpur.

Thursday, May 12, 2011

aku cinta pada mu...sayang

kadang-kadang
bingung
ada orang kata
dia pendekar
dia pejuang
dia jebat
dia tuah.
sanggup mati.

tapi.
masjid itu
tetap sunyi
yang ada hanya
imam,bilal dan siak.

mana yang rela mati itu pergi?

Friday, April 29, 2011

vietnam ( 3 )

pusing2 bandar ho chin minh.
pening tengok motorsikal.
macam ulat. padat.
makan pagi vn halal.
naik teksi vinasun ke pusat sukan.
cari kedai bao sport.
shoping barang2 untuk sukan pejabat.

makan tengahari kat halal saigon.
macam duk kat bangsar dan bukit bintang.
banyak shoping kompleks untuk orang kaya.
depan halal saigon ada sebuah masjid.

lepas isi perut.
ke muzium.
tengok kereta kebal masa perang vietnam dengan amerika.
sejarah untuk anak bangsa.

ben tanh market.
panas.
kalut dengan peniaga.
tangan kanan kena tarik.
tangan kiri kena tarik.
masing2 berebut pelanggan.
awek yang tarik tu.
seksi lak tu dengan singlet.
huhuhu.

kawan2 balik hotel.
aku jalan kaki ke bangunan opera.
tengok khazanah lama.
peninggalan mat salleh.

naik vincom centre.
macam klcc.
tapi hebat klcc lagi.
banyak awek.

dan yang pasti.
orang vietnam tiada yang merempit di jalanraya.
walau berjuta motor dari kereta.

Wednesday, April 27, 2011

vietnam ( 2 )

tan hai long hotel
jam 5.30 pagi
kotaraya ho chin minh
telah bangun dari tidur.
Hon kenderaan
hangatkan subuh yang sejuk.

Motorsikal menguasai
jalanraya.
Dengan rilek dan bukan rempit.
Walau awek dengan seluar pendek.
Putih dan gebu.

Makan pagi
lemotion lounge bar
ada sedikit halal foods
nasi goreng dan bihun
macam tak sedap je.

Nak try makan kat kedai
yang muncul dalam rancangan farah
dalam astro oasis
rasa halal vietnam
mungkin
ada cinta disana.

vietnam ( 2 )

tan hai long hotel
jam 5.30 pagi
kotaraya ho chin minh
telah bangun dari tidur.
Hon kenderaan
hangatkan subuh yang sejuk.

Motorsikal menguasai
jalanraya.
Dengan rilek dan bukan rempit.
Walau awek dengan seluar pendek.
Putih dan gebu.

Makan pagi
lemotion lounge bar
ada sedikit halal foods
nasi goreng dan bihun
macam tak sedap je.

Nak try makan kat kedai
yang muncul dalam rancangan farah
dalam astro oasis
rasa halal vietnam
mungkin
ada cinta disana.

Tuesday, April 26, 2011

vietnam (1 )

jam 7.30 ptg
ak884 air asia
dari lcct ke saigon airport.

Tak tahu
perjalanan kali ni
adakah memberi sesuatu.
Seperti perjalanan sebelum ini.
Hatyai,bangkok,pattaya,phuket,
jakarta dan bandung.
Masih lagi kosong.
Yang ada hanya
vietnam
sejarah kebangkitan revolusi rakyat
bangkit menentang penjajah
dengan darah dan airmata.
Bukan dengan perjanjian bodoh.

Perjalanan chukai ke lcct
memenatkan.
Aku demam.

terbang lagi.

kul 10 pagi
dari chukai ke lcct
destinasi tengah minggu.
sempena hari buruh.

vietnam.