Thursday, June 17, 2010

lame dah tak buang masa kat sini. bukan takde mase..tapi aku malas. dan yang pasti malas kena buang sikit.

Tuesday, March 30, 2010

fikir itu cermin hati.

berfikir seminit
untuk sesuatu yang panjang.
untuk kehidupan.

Tuesday, March 23, 2010

bila rumi menari.

khamis malam jumaat
nak beruzlah ke kl
layan kebebasan
layan ilmu
pwtc, central market.

Monday, March 22, 2010

family.

walau berbeda pemikiran, berbeda falsafah.
keluarga ini terus kukuh.

syukur pada Mu Ya Khaliq!

hidup mesti terus.

abg mie cakap.
cari sendiri la calon untuk kahwin.
abg mat kritik bila cakap nak kahwin umur 30.
dia cakap tahun ni adalah last untuk jadi bujang.
kak tie suruh serius dalam mencari jodoh.
dia cakap cukup lah main-main.
mak su dah pula suruh cari calon yang dekat-dekat.
dia cakap nanti senang.
acik tanye bagaiman aku.
bila lagi.

kak tie dah janji sesuatu kalau benar aku serius.
abg mat pun begitu.
bonda dan ayahanda.
membisu tanpa hujah.
semua diserah
pada aku.

dan secara realiti
semasa awan putih
menurunkan hujan
aku masih lagi berdiri bisu.

putih suci.

tunggu bas untuk ke kota bharu. lame dah tak singgah di bumi cik siti wan kembang. tanah rendah sekebun bunga. bile dah sampai pasir puteh, abang aku pula suruh turun dan naik bas ke machang. dia nak ambil aku kat situ. aku naik teksi. bayar sebuah kereta. 20riyal.

jalan kota baru-kuala krai, dekat dengan kota darunaim. aku ambik RJ121.

16. mac. 2010.

jebat tanpa taming sari. dang wangi berlalu sepi.