Thursday, March 31, 2011

PIBG

kebanyakan sekolah.
berkejaran mengadakan mesyuarat agung pibg.
sebelum mac berakhir.

ada jemputan yang dapat hadir.
ada jemputan yang tak dapat hadir.

kebanyakan sekolah bercakap tentang A.
upsr 5A, spm 10A, stpm 5A.
semuanya A.

berbeda dengan orang lain.
kurang setuju dengan matlamat melahirkan pelajar untuk mendapat A.
setuju jika matlamat melahirkan pelajar sebagai insan.
insan yang dapat berfikir baik buruk.
insan yang dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri.

pelajar adalah manusia.
pelajar bukan robot.

Tuesday, March 29, 2011

istana maziah.

khamis..
hari last bekerja bagi terengganu dan kelantan di pantai timur.
aku dah rancang untuk balik kampung lewat malam khamis.
masuk ofis agak awal..
semangat hujung bulan.
ada surat dari bos.
kena pergi istana maziah.
tahlil untuk bonda tuanku sultan.
agak lama fikir.pergi ke ponteng.
berkeputusan pergi.
bila lagi nak masuk istana.
umur dah nak masuk 30 tahun.
baru nak jejak kaki.

Wednesday, March 23, 2011

berkabung.

yang bernafas.
pasti akan mati.
bila?
hanya Dia yang mengetahuinya.

jalan ke depan.

beberapa minggu.
masa agak kurang.
untuk bicara.
dalam mengejar sebuah kepuasan.
dalam baran yang panas.

Monday, February 28, 2011

Daphne Iking.

seperti yang aku fikir.
setelah membaca tentang aliran die.
walau die sedang dalam keributan dengan perceraian perkahwinan dulu.
selebriti anak sabah ini menarik untuk aku.
mengenali dengan lebih dekat.
setelah tahu apa yang sedang dibaca.
aku rasa,graduan usm ini sedang mengenali Islam.

dan jumaat lalu.
akhirnya, daphne iking kini dikenali dengan dahlia.
selamat datang daphne ke agama Muhammad.

Sunday, February 27, 2011

pulut pauh dan tomyam.

(1)

perjalanan pertama pada 2011.
phuket dan hatyai.
16 februari selepas subuh.lcct,kolumpur.
air asia ak722 terus ke phuket.
jam 8 lebih dah sampai airport phuket.
agak kalut dengan imigresen thailand.
cuba berbirokrasi.
terus ke hotel sintavee.
rehat jap dan terus pegi makan kat bandar phuket.
makan biasa2.
lepas tu kedai membuat dan menjual t-shirt thailand.
tak beli pun.
bukan selera aku.haha.sombong.
kemudian ke kedai menjual barang kemas.boring.
ni tempat orang banyak duit.
petang bas dua tingkat ke pantai patong.
tempat berlaku tsunami 2004.
tempat orang putih jemur tubuh.
sambil minum beer.
macam2 ragam.macam2 pakaian.
cuci mata beb..

dan yang pasti phuket adalah tempat orang lelaki.

(11)

lapan jam lebih.
dari phuket turun ke hatyai.
pertengahan jalan.
singgah kat pulau pha nga.
lebih dikenali dengan nama 'pulau james bond'
filem james bond pernah buat shooting kat sini.
semua warga pulau ni beragama islam.
pelancong datang ke pulau ni hanya untuk makan tengahari dan shoping.
makan tengahari yang best.
berbeza dengan phuket.

(111)

meneruskan perjalanan ke hatyai.
sambung tido dalam bas.
jam 8 malam.sampai kat hotel grand plaza hatyai.
hotel yang biasa aku duduk.
hatyai.
tempat rakyat malaysia.
shoping dan lain-lain.
hatyai bagi aku tempat untuk makan dan cari barang yang pelik2.
dua malam di hatyai.
hanya beli 'sampua'
alat kira2 waktu dahulu.
hatyai.
aku dah boring disini.

lepas ni ,nak ke vietnam..bulan april 2011.

Sunday, February 6, 2011

selamat tahun baru cina, kawan.

sebuah tulisan
dalam perjalanan
cuti yang panjang
dalam ribut lebaran

usai menemui nazri
teman sebilik blok m
unimas, kota samarahan.
2005 saat terakhir
bersuka duka dengannya.

mobil agak padat.
perantau mengambil peluang
pulang ke kampung
mengambil peluang
lebaran tahun arnab.

jam 10 malam
seperti dirancang.
berpeleseran.
kampung cina, kuala terengganu.
pesta tanglung.
warna warni.
kuih bakul.
cheongsam merah.
ketat.
padat.

riuh.
dalam kehangatan
tahun arnab.