Sunday, December 20, 2009

hari-hari akhir disember





perempuan...inikah yang lelaki cari?

~ Dia pandai berdikari~
Dari saat anda mula mengenalinya dia memang pandai berdikari. Dia tinggal sendiri,pandai tetapkan bajet dan perbelanjaan,tak pernah meminta itu ini,bijak mengatasi masalah peribadi atau kerja.'If she has very own personality and opinions, can stand on her own two feet, both financially and emotionally and is able to enjoy time away from u(at same time still miss u)..and She must be the great Girlfren.

~Dia bijak~
Dia bukan spesis yang asyik mengadu tentang semua perkara.Dia tahu apa yang sedang dibincangkan.Dia pandai menyusun kata apabila berbual n setiasa up to date.Taklah anda bosan kerana pastinya ada saja topik yg hendak dibualkan..Hebatkan..

~Dia cantik~
Opsss..satu pakej lengkap.dia bukan saja cantik dari segi fizikal,dia juga berbudi bahasa,bersopan santun dan berhemah tinggi.Kecantikkan fizikal bukanlah kriteria utama,biarlah dia cantik didalam.Sekurang-kurangnya dia bersopan.Janganlah bila dia bersopan anda pula yang kurang sopan..!

~Dia hormati anda~
Walaupun dalam percintaan atau perhubungan homat adalah penting.Jika anda mahu dihormati,anda juga perlu menghormatinya.Apabila saling menghormati,barulah aman.Namun begitu,jika berlaku perselisihan faham,mengalahlah sekali sekala..Barulah Gentleman!! Mengalah bukan tanda kalah tapi hormat..

~Dia tidak mengubah anda~
Kenapa dia jatuh cinta dengan anda in the first place? It's because of who you are. Jgn, saya ulangi, jgn biarkan wanita ubah siapa diri anda sebenarnya secara keseluruhan. Memadailah dgn mengubah hanya beberapa tingkah buruk anda demi kebahagiaan anda berdua di masa depan. Jika perkara yg remeh seperti makanan kegemaran anda ketika bersarapan ialah nasi lemak sedangkan teman wanita anda pula gemarkan pan cake sbg sarapannya, anda tidak perlulah mengubah sarapan anda dengan memakan pan cake juga.

~Dia tidak cerewet/ membebel~
Dia tidak kisah dimana sahaja anda membawanya makan (termasuklah gerai mamak kegemaran anda), dia tidak membebel cara anda berpakaian (membebel + menegur adalah perkara yg berbeza). Tiada apa yang lebih membosankan selain dari mendengar bebelan wanita yang remeh temeh.

~Dia pandai membawa diri~
Tidak kira ke mana anda membawanya, dia pandai menyesuaikan dirinya dgn persekitarannya. Anda membawanya berjumpa orang tua anda, dia boleh 'klik' dgn mereka. Dia pandai mengambil hati ibu bapa anda. Begitu juga dgn teman2 lain, dia pandai menyesuaikan diri. Anda tak rasa malu untuk membawanya ke mana sahaja.

~Dia menyintai anda~
Ini paling penting. Jika tidak masakan anda berdua boleh menjalinkan hubungan. Bukan sahaja cinta, dia amat menyayangi , menyanjungi dan memuja anda. But don't get carried away. "Dah kahwin, jgnlah hancurkan hatinya. Jagalah dia seperti menjaga dirimu sendiri." Cinta dan sayang adalah berbeza. Seseorang mungkin boleh menyayangi seseorang tapi tidak bermakna dia menyintai orang itu. Tapi apabila dia menyintai seseorang,perasaan sayang turut hadir.

~Dia membuatkan anda mahu jadi lelaki sejati~
Tidak sama dengan dia mahu mengubah anda. Dia akan membuatkan anda berasa teruja dgn diri sendiri dan anda sendiri mahu berubah menjadi lelaki yang lebih sempurna untuknya. Sebelum ini anda tak pernah terfikir langsung utk settle down dan bekerluarga tetapi kini anda nampak wajah anak2 dlm matanya. Hebat bukan...

~Dia teman yang setia~
Tidak kira dlm apa jua keadaan, kala susah atau senang, dialah yang pertama berada disisi anda. Sedia mendengar tiap rintihan anda dan menjadi penenang dikala anda dilanda keresahan.

serirama : ambik kat rezlynn thr

2 comments:

sm said...

dapatkan dia kawan..jgn biarkan dia berlalu tanpa kata...jika kejayaan seorng lelaki ...pasti ada wanitanya..

BlacKroSes said...

serirama dearie..cari la die who can accept u whoever you are,who can stand with you whenever you are, who can listen to you whenever you need and who can crying with you whenver you cry, and who can be your best buddy whenever you need somebody.and the most important, cari la die untuk kehidupan silam dan akan datang ko.good luck frend.my wish always with you.