Saturday, March 6, 2010

tertinggal bas

perjalanan dalam "bilik kuliah" ni takde penghujung. banyak benda perlu diambil sebagai ilmu. setiap perjalanan aku menemukan pelbagai kertas kerja manusia. manusia yang pelbagai. pelbagai ide, pelbagai pemikiran, pelbagai mazhab, pelbagai anutan. yang pasti ada sesuatu disebalik kepelbagaian.

semakin aku berkuliah, semakin banyak aku berfikir. fikir tentang manusia yang ada disekeliling. jauh dekat. muda tua. lelaki wanita. cun hensem. seksi smart. cerdik bodoh. kaya miskin. berpengaruh pengemis.

dan yang pasti.aku perlu membersihkan kalbu.hati.kerna disitulah segalanye. mulut minum kopi o kerna hati. kaki melangkah kerna hati. tangan menulis kerna hati. semuanya hati. kebaikan atau keburukan.

No comments: