Monday, November 30, 2009

saat 'beduk ngorib' berbunyi....





gong mak som. nama yang tak glamer pun. tapi ni la tempat aku dilahirkan. tempat keramat. tempat sosialisasi. dari dalam 'rok' ke 'tasik per'rah'. dari bedil buluh ke main 'tol jel'. dari bola katok ke bola sepak. dari jet kue ke tahan pukat. dari retok panjang ke sungai ibu. dari belago buoh getoh ke tepuk gambar.

di sini lah aku,petyie (matmin),kama,piye,nusi,pok deq,zahar cikgu,gobob,hanif,nuar,pok him,faizi,emin timun,azam,sham, emin pok ngoh, peli stopa, nazri anok ular, mat zis,zahar sham diajar untuk menjadi orang.

penuh suka-duka. pagi ke sekolah. selepas zohor mengaji Al Quran dengan 'Tok Guru Pok Ngoh Him' siapa bising semasa mengaji kena denda cabut kemuncut dan kutip sampah. petang sentiasa dinanti. ke tasik atau ke padang atau ke dalam 'rebo'. tunjuk aksi. tunjuk kreativiti. malam ke masjid. tak dengar orang mengajar pun. tapi duk lumba basikal. gile BMX. kadang-kadang basikal unta gemuloh tok imam pok od dan gemuloh pok loh jadi mangsa. kalau ramdhan, tak terawih pun. tapi giliran makan moreh, budak-budak nie lah yang baham dulu. bestkan zaman kanak-kanak.

jom kawan-kawan balik kampung kembali. tinggal sekejap tempat mencari rezeki. kita main 'tol jel' di tasik retok panjang.

1 comment:

generasi lewat.. said...

nostalgia bro..
kawe bangga jd anak jati gong mak som..
GMS yg slalu d rindui..