Tuesday, December 22, 2009

kelepuk kelepuk kelepar buah berangan lokoh kulit.

sebelum mata pejam
sebelum bermimipi
sebelum langit berwarna jingga
sebelum embun kering

anak muda itu berkeputusan
dia berhenti disini
di lampu isyarat ini
walau merah bertukar hijau
dan hijau tak kuning-kuning
dia tetap disini
berhenti
biarlah lebuhraya itu beralaskan permaidani indah
dia tetap berhenti

di kiri
seorang tua
"anak muda,kau harus berprinsip"
"anak muda tidak boleh memijak bahu orang untuk ke atas"
"anak muda perlu berjuang"

anak muda
ain tiada dihujung lebuhraya indah itu
kau perlu kembara lagi
dalam mencari ain.

Sunday, December 20, 2009

soalan itu.

malam itu
berakhir maghrib
bertemu isyak
saat bintang
menemani bulan

mata tidak bertentang
mulut tidak berbicara
hati tidak beraksi

perlukah
aku memberi jawapan
pada persoalan

hari-hari akhir disember





perempuan...inikah yang lelaki cari?

~ Dia pandai berdikari~
Dari saat anda mula mengenalinya dia memang pandai berdikari. Dia tinggal sendiri,pandai tetapkan bajet dan perbelanjaan,tak pernah meminta itu ini,bijak mengatasi masalah peribadi atau kerja.'If she has very own personality and opinions, can stand on her own two feet, both financially and emotionally and is able to enjoy time away from u(at same time still miss u)..and She must be the great Girlfren.

~Dia bijak~
Dia bukan spesis yang asyik mengadu tentang semua perkara.Dia tahu apa yang sedang dibincangkan.Dia pandai menyusun kata apabila berbual n setiasa up to date.Taklah anda bosan kerana pastinya ada saja topik yg hendak dibualkan..Hebatkan..

~Dia cantik~
Opsss..satu pakej lengkap.dia bukan saja cantik dari segi fizikal,dia juga berbudi bahasa,bersopan santun dan berhemah tinggi.Kecantikkan fizikal bukanlah kriteria utama,biarlah dia cantik didalam.Sekurang-kurangnya dia bersopan.Janganlah bila dia bersopan anda pula yang kurang sopan..!

~Dia hormati anda~
Walaupun dalam percintaan atau perhubungan homat adalah penting.Jika anda mahu dihormati,anda juga perlu menghormatinya.Apabila saling menghormati,barulah aman.Namun begitu,jika berlaku perselisihan faham,mengalahlah sekali sekala..Barulah Gentleman!! Mengalah bukan tanda kalah tapi hormat..

~Dia tidak mengubah anda~
Kenapa dia jatuh cinta dengan anda in the first place? It's because of who you are. Jgn, saya ulangi, jgn biarkan wanita ubah siapa diri anda sebenarnya secara keseluruhan. Memadailah dgn mengubah hanya beberapa tingkah buruk anda demi kebahagiaan anda berdua di masa depan. Jika perkara yg remeh seperti makanan kegemaran anda ketika bersarapan ialah nasi lemak sedangkan teman wanita anda pula gemarkan pan cake sbg sarapannya, anda tidak perlulah mengubah sarapan anda dengan memakan pan cake juga.

~Dia tidak cerewet/ membebel~
Dia tidak kisah dimana sahaja anda membawanya makan (termasuklah gerai mamak kegemaran anda), dia tidak membebel cara anda berpakaian (membebel + menegur adalah perkara yg berbeza). Tiada apa yang lebih membosankan selain dari mendengar bebelan wanita yang remeh temeh.

~Dia pandai membawa diri~
Tidak kira ke mana anda membawanya, dia pandai menyesuaikan dirinya dgn persekitarannya. Anda membawanya berjumpa orang tua anda, dia boleh 'klik' dgn mereka. Dia pandai mengambil hati ibu bapa anda. Begitu juga dgn teman2 lain, dia pandai menyesuaikan diri. Anda tak rasa malu untuk membawanya ke mana sahaja.

~Dia menyintai anda~
Ini paling penting. Jika tidak masakan anda berdua boleh menjalinkan hubungan. Bukan sahaja cinta, dia amat menyayangi , menyanjungi dan memuja anda. But don't get carried away. "Dah kahwin, jgnlah hancurkan hatinya. Jagalah dia seperti menjaga dirimu sendiri." Cinta dan sayang adalah berbeza. Seseorang mungkin boleh menyayangi seseorang tapi tidak bermakna dia menyintai orang itu. Tapi apabila dia menyintai seseorang,perasaan sayang turut hadir.

~Dia membuatkan anda mahu jadi lelaki sejati~
Tidak sama dengan dia mahu mengubah anda. Dia akan membuatkan anda berasa teruja dgn diri sendiri dan anda sendiri mahu berubah menjadi lelaki yang lebih sempurna untuknya. Sebelum ini anda tak pernah terfikir langsung utk settle down dan bekerluarga tetapi kini anda nampak wajah anak2 dlm matanya. Hebat bukan...

~Dia teman yang setia~
Tidak kira dlm apa jua keadaan, kala susah atau senang, dialah yang pertama berada disisi anda. Sedia mendengar tiap rintihan anda dan menjadi penenang dikala anda dilanda keresahan.

serirama : ambik kat rezlynn thr

Wednesday, December 16, 2009

selamat tahun baru hijrah 1431 hijrah.

petang khamis
17 disember 2009
pukul 6.15 petang
waktu masjid sultan ahmad shah
jalan kuala terengganu- kemaman
sebelum mentari berlabuh

ayuh, kekasih
kita bersama
di hujung mimbar
demi Addin.

Tuesday, December 8, 2009

setelah perempuan itu pergi.



suatu petang
di perhentian bas
jalan sulaimani ke kuantan
pukul 3.45 waktu kemaman
berdiri seorang perempuan
pakai baju warna hitam
gambar filem hishamuddin rais
'dari jemapoh ke manchestee'
seluar denim biru
dengan jack purceel kaler putih lusuh
beg sandang jenama karrimor
di tangan memegang majalah ROTTW edisi September
cover depan john lennon dan the beatles
serta buku malay delemma karya mahathir mohammad
rambut paras bahu
lesung pipit di pipi kiri
kulit putih macam sofea jane
dalam 'perempuan, isteri dan jalang'

macam biasa
seperti drama-drama yusof haslam
kat rtm
aku tanya soalan bodoh
nak ke mana?
dengan selamba giler
dia jawab
ke tanjung lumpur
buat apa?
makan-makan
ooo..oo
nama apa?
pandang kiri, pandang kanan
tengok depan kedai bundle kemaman
dia jawab
ain.




bersambung....

Tuesday, December 1, 2009

songstar kopitiam, hai peng kopitiam, kemaman station kopitiam

aku nak jadi pengarah. macam Kickdefella dengan 'Persona Non Grata', Adman Salleh dengan 'Amok', U-Wei Hj. Saari dengan 'Perempuan, Isteri dan Jalang', Amir Muhammad dengan 'Lelaki Komunis Terakhir, Namron dengan 'Gedebe'..

aku tak nak jadi pelakon. dan aku tak suka pelakon realiti tv. filem baru akan bermula beb..siapakah yang akan menjadi jebat dan dang wangi. setelah tuah dan teja berlalu.

Monday, November 30, 2009

saat 'beduk ngorib' berbunyi....





gong mak som. nama yang tak glamer pun. tapi ni la tempat aku dilahirkan. tempat keramat. tempat sosialisasi. dari dalam 'rok' ke 'tasik per'rah'. dari bedil buluh ke main 'tol jel'. dari bola katok ke bola sepak. dari jet kue ke tahan pukat. dari retok panjang ke sungai ibu. dari belago buoh getoh ke tepuk gambar.

di sini lah aku,petyie (matmin),kama,piye,nusi,pok deq,zahar cikgu,gobob,hanif,nuar,pok him,faizi,emin timun,azam,sham, emin pok ngoh, peli stopa, nazri anok ular, mat zis,zahar sham diajar untuk menjadi orang.

penuh suka-duka. pagi ke sekolah. selepas zohor mengaji Al Quran dengan 'Tok Guru Pok Ngoh Him' siapa bising semasa mengaji kena denda cabut kemuncut dan kutip sampah. petang sentiasa dinanti. ke tasik atau ke padang atau ke dalam 'rebo'. tunjuk aksi. tunjuk kreativiti. malam ke masjid. tak dengar orang mengajar pun. tapi duk lumba basikal. gile BMX. kadang-kadang basikal unta gemuloh tok imam pok od dan gemuloh pok loh jadi mangsa. kalau ramdhan, tak terawih pun. tapi giliran makan moreh, budak-budak nie lah yang baham dulu. bestkan zaman kanak-kanak.

jom kawan-kawan balik kampung kembali. tinggal sekejap tempat mencari rezeki. kita main 'tol jel' di tasik retok panjang.

Sunday, November 29, 2009

UBI REBUS DAN KOPI 'O' ...DI MC'D KERTEH

PETANG 24 NOVEMBER 09

dah lama grup ni tak makan bersama kat kerteh. mungkin masing-masing sibuk. kebetulan pula 'shift' masing_masing dah tak sama macam dulu. jedi pula duk ulang alik ke labuan. dan hari ini, 3 ari menjelang aidiladha kitaorang dapat berkumpul dan makan sama-sama. dah lama beb tak makan besar. aku,amid,bucit,jali,haris dan bond. cuma yang takde pok mat dan awe. hari ni juge buat pertama kali 'DIA' ada bersama dalam grup ni tanpa kehadiran sahabat tercinta arwah matmin. dah 24 ari matmin pergi menemui PENCIPTA-NYA. AlFatihah.

kehadiran 'DIA' sememangnya mengubat rindu kami terhadap arwah. dan sememangya 'DIA'pengganti arwah dalam grup ni. kerusi last di hujung meja yang 'DIA' duduk adalah kerusi yang selalu arwah duduk. gurau dan senda pada hari ni adalah sama seperti hari-hari yang dilalui sebelum ini.

aku betul-betul berharap,seperti mana harapan kawan-kawan dalam grup ni agar 'DIA' menjadi pengganti arwah dalam meneruskan persahabatan dan silaturrahim. aku berdoa padA ALLAH agar 'DIA' tidak akan lari jauh meninggalkan kawan-kawan dalam grup ni setelah kami kehilangan sahabat tercinta. Ya ALLAH buka lah pintu hati 'DIA' agar tidak lari jauh.



*perjalanan yang panjang KERTEH-JERTIH dan JERTIH-KETEREH*
*terima kasih pok mat, kakak dan haziq sediakan mee rebus, teh 'O' dan ruang solat*

Wednesday, November 25, 2009

aidiladha



-selamat menyambut aidiladha dari serirama & pok dogol-

setelah "bohh" surut...

cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sali sedan.
tetapi,
cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri penghidupan.

-pak hamka-

Tuesday, November 24, 2009

red warriors




budak baju biru tu, salah sorang yang bakar kerusi kat bukit jalil..kalau korang jumpe die sila buat laporan kat hospital dungun.

Monday, November 23, 2009

sepasang kurung ...dan baju melayu biru






3 syawal 1430hijrah
kg. belukar luas, ketereh
kota bharu.

hati-hati semua....kesejukan di musim perayaan



kesulitan amat dikesali.
ada lubang di sana sini.


serima:
sory dolahjones, gua ambik gambar ni kat blog lu tanpa izin. lu jangan marah..lu kan glamer

Sunday, November 22, 2009

MUSIM BOHH

selamat datang tengkujuh...aku merinduimu
setelah setahun aku menanti
kini kau berdiri
di sisi..
dengan putih di kaki.


P/S: selamat berpesta air dan selamat bekerja kawan-kawan.jangan tension

Saturday, November 21, 2009

Husna Binti A. Hamid

"aziman, nape ko x penah nak paham.. im lost, i need shahrihelmi, i miss him"- husna


bukan aku tak penah nak paham atau buat2 tak paham, husna..
bukan aku tak rindu, bukan aku tak perlu akan dia...
tapi kita semua kena terima..
Qada dan Qadar Allah.

1 NOVEMBER 2009/13 ZULKAEDAH 1430

dungun...7.30
pagi ahad yang dingin...
mentari masih lagi merangkak...
kuasa Allah mengatasi segalanya...
aku kehilangan seorang saudara...

Al-Fatihah

Wan Shahrihelmi (yie@mat min) Bin Wan Ahmad
(1981-2009)

Thursday, October 1, 2009

jalan-jalan

10 oktober 2009..

jadual jalan-jalan aku seterusnya adalah ke bangkok, thailand..ni kira kali kedua aku terbang ke sana..tak sabar nak meneroka pasar 'chak tuk chak'..nak menyelam cari barang-barang bundle...harap-harap ada peluang tengok 'rimau'

dahrie

senior aku kat maarif..
senior aku dalam pasukan pengakap dulu..
salah seorang geng 'gedebe' maarif..
dengan imej seluar berkaki besar...

tak sangka dapat jumpe kembali pada malam raya yang lalu kat gong kepas..
(perut pun dah naik,bro...hahaha)

raya tahun ni

2 syawal, cikgu fauziah (yah) rakan sekampung, sekelas di tingkatan enam dah disunting orang. lepas ni yah tidak lagi sendirian berkelana di bumi di bawah bayu.

3 syawal, cikgu hanif, kawan dari sekolah tadika, sekolah rendah hingga tingkatan enam bersama. dah tamatkan zaman gile-gile, tamatkan zaman bujang. orang kota baru juga yang kau pilih..betul kata aida masa sembang kosong kat kL sentral dulu, kau tetap cari cikgu sebagai pasangan hidup..cikgu lawan cikgu beb...beruntung ustazah rokiah (ustazah aku)....

3 syawal, matmin, saing dari kecil..dah pun hantar rombongan meminang..minang budak shah alam tapi kelahiran kelantan kat kampung belukar ruas dalam kawasan ketereh...husna nama budak tu..bila pikir balik pasal matmin dan husna ni lucu juga.. matmin dapat no talipon husna ni dari aku, tika aku dan husna sama-sama cari ilmu kat sarawak..kini mereka dah hampir ke gerbang perkahwinan..

aku bile pulak ?

syawal..

sepasang kurung biru..
dan hijau baju melayu..
pergi berlalu cinta, qaseh itu..
saat jasad merindui waktu bercumbu..

selamat hari raya aidilfitri..
maaf segala khilaf yang lalu..

Monday, August 24, 2009

Kau dan Aku....

antara qaseh, rindu, sayang dan cinta....Ramadhan
kau mengajar aku
untuk kembali mendekati
Tuhan Punya Dunia....

Ramadhan Kareem...

selamat berpuasa bro..
dah 3 malam solat teraweh
dah 3 destinasi masjid dikunjungi
putrajaya, bangsar dan chukai....semua sama
masjid penuh.
masjid kembali berpenghuni...
(kita tengok lah bila menjelang syawal dan bulan-bulan yang lain, masjid kembali sunyi)

Thursday, August 13, 2009

rendra....

syeikh memperkenalkan aku dengan mu..tika aku masih lagi berkuliah tentang manusia dan orang...dan hari ini, di bumi yang tinggal hanya puisi-puisi mu...setelah kau dijemput untuk pulang...oleh Tuhan.

Al-Fatihah buat W.S Rendra

Wednesday, August 5, 2009

tanahairku........

untuk membentuk dunia pada aturannya...kita mesti membentuk bangsanya...mestilah membentuk keluarga..untuk membentuk keluarga..kita mesti membentuk diri sendiri mempunyai hati yang murni..

Friday, July 17, 2009

jika..

jika ibu bapa hanya pintar melahirkan anak
jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja
jika guru, pensyarah kehilangan arah
ilmu terpaku di dada ijazah
jika peniaga bermain politik dan bertuhankan laba
dan ahli politik memperniaga segala prinsip dan akhlak
jika cendiakawan cuma mengikut dan membuat komen
....adam akan menyesal
dan iblis akan ketawa besar.

buat bapak-bapak politikus....

manusia perlu lupa segala kemarahan sebelum melangkah kaki untuk tidur...gandhi

Tuesday, April 14, 2009

selamat berbiologi......



teori dan praktikal harus seiring kekanda.....

Tuesday, April 7, 2009

25.4.2009

selamat pengantin baru buat kak zaihan...akhirnya bersatu jua cinta yang disemai sekian lama...best kan bila dah kawin.boleh peluk2...Doa pada DIA moga cepat2 dapat orang baru...
p/s jalan-jalan : cari awek kat saya sorang..jeles ar..rasa nak kawain juge laa.

25.APRIL.2009

selamat pengantin baru buat siti afitah...dah nak kawin ye kau...tahniah la..berbahagialah bersama suami..tahun depan dapat baby laa...kalau lelaki,bagi nama aku...hehehe
lepas ni boleh peluk cium aar...dah lama kau tunggu kan?

p/s jalan-jalan : gambar perhiasan je...aku tahu baju pengantin kau hebat lagi..

Friday, April 3, 2009

pasar buku

pesta buku antarabangsa kuala lumpur

17 - 26 April 2009

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

jom layan.....

Thursday, April 2, 2009

wajah-wajah 1

jangan lupa melihat wajah kita bila bercermin........

Tuesday, March 31, 2009

cinta...

cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia...
ia laksanan setitis embun yang turun dari langit..
bersih dan suci...
jika ia jatuh kepada tanah yang subur..
di sana akan tumbuh kesucian hati..keikhlasan..setia budi pekerti yang tinggi.

bung hamka

saidatul....anak pahang

dalam bulatan mula kenalan...
gelak tawa,sedu sedan.
memecah dewan...
dalam bulatan ada kilauan,
seorang insan bernama perempuan..
dalam bulatan,
ada kejadian..
ada teladan..
manusia makhluk tuhan,
terusdiganggu bunian....

22/3/09
intan wilayah timur
teluk mak nik, kemaman