Friday, July 17, 2009

jika..

jika ibu bapa hanya pintar melahirkan anak
jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja
jika guru, pensyarah kehilangan arah
ilmu terpaku di dada ijazah
jika peniaga bermain politik dan bertuhankan laba
dan ahli politik memperniaga segala prinsip dan akhlak
jika cendiakawan cuma mengikut dan membuat komen
....adam akan menyesal
dan iblis akan ketawa besar.

buat bapak-bapak politikus....

manusia perlu lupa segala kemarahan sebelum melangkah kaki untuk tidur...gandhi