Monday, November 30, 2009

saat 'beduk ngorib' berbunyi....





gong mak som. nama yang tak glamer pun. tapi ni la tempat aku dilahirkan. tempat keramat. tempat sosialisasi. dari dalam 'rok' ke 'tasik per'rah'. dari bedil buluh ke main 'tol jel'. dari bola katok ke bola sepak. dari jet kue ke tahan pukat. dari retok panjang ke sungai ibu. dari belago buoh getoh ke tepuk gambar.

di sini lah aku,petyie (matmin),kama,piye,nusi,pok deq,zahar cikgu,gobob,hanif,nuar,pok him,faizi,emin timun,azam,sham, emin pok ngoh, peli stopa, nazri anok ular, mat zis,zahar sham diajar untuk menjadi orang.

penuh suka-duka. pagi ke sekolah. selepas zohor mengaji Al Quran dengan 'Tok Guru Pok Ngoh Him' siapa bising semasa mengaji kena denda cabut kemuncut dan kutip sampah. petang sentiasa dinanti. ke tasik atau ke padang atau ke dalam 'rebo'. tunjuk aksi. tunjuk kreativiti. malam ke masjid. tak dengar orang mengajar pun. tapi duk lumba basikal. gile BMX. kadang-kadang basikal unta gemuloh tok imam pok od dan gemuloh pok loh jadi mangsa. kalau ramdhan, tak terawih pun. tapi giliran makan moreh, budak-budak nie lah yang baham dulu. bestkan zaman kanak-kanak.

jom kawan-kawan balik kampung kembali. tinggal sekejap tempat mencari rezeki. kita main 'tol jel' di tasik retok panjang.

Sunday, November 29, 2009

UBI REBUS DAN KOPI 'O' ...DI MC'D KERTEH

PETANG 24 NOVEMBER 09

dah lama grup ni tak makan bersama kat kerteh. mungkin masing-masing sibuk. kebetulan pula 'shift' masing_masing dah tak sama macam dulu. jedi pula duk ulang alik ke labuan. dan hari ini, 3 ari menjelang aidiladha kitaorang dapat berkumpul dan makan sama-sama. dah lama beb tak makan besar. aku,amid,bucit,jali,haris dan bond. cuma yang takde pok mat dan awe. hari ni juge buat pertama kali 'DIA' ada bersama dalam grup ni tanpa kehadiran sahabat tercinta arwah matmin. dah 24 ari matmin pergi menemui PENCIPTA-NYA. AlFatihah.

kehadiran 'DIA' sememangnya mengubat rindu kami terhadap arwah. dan sememangya 'DIA'pengganti arwah dalam grup ni. kerusi last di hujung meja yang 'DIA' duduk adalah kerusi yang selalu arwah duduk. gurau dan senda pada hari ni adalah sama seperti hari-hari yang dilalui sebelum ini.

aku betul-betul berharap,seperti mana harapan kawan-kawan dalam grup ni agar 'DIA' menjadi pengganti arwah dalam meneruskan persahabatan dan silaturrahim. aku berdoa padA ALLAH agar 'DIA' tidak akan lari jauh meninggalkan kawan-kawan dalam grup ni setelah kami kehilangan sahabat tercinta. Ya ALLAH buka lah pintu hati 'DIA' agar tidak lari jauh.



*perjalanan yang panjang KERTEH-JERTIH dan JERTIH-KETEREH*
*terima kasih pok mat, kakak dan haziq sediakan mee rebus, teh 'O' dan ruang solat*

Wednesday, November 25, 2009

aidiladha



-selamat menyambut aidiladha dari serirama & pok dogol-

setelah "bohh" surut...

cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sali sedan.
tetapi,
cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri penghidupan.

-pak hamka-

Tuesday, November 24, 2009

red warriors




budak baju biru tu, salah sorang yang bakar kerusi kat bukit jalil..kalau korang jumpe die sila buat laporan kat hospital dungun.

Monday, November 23, 2009

sepasang kurung ...dan baju melayu biru






3 syawal 1430hijrah
kg. belukar luas, ketereh
kota bharu.

hati-hati semua....kesejukan di musim perayaan



kesulitan amat dikesali.
ada lubang di sana sini.


serima:
sory dolahjones, gua ambik gambar ni kat blog lu tanpa izin. lu jangan marah..lu kan glamer

Sunday, November 22, 2009

MUSIM BOHH

selamat datang tengkujuh...aku merinduimu
setelah setahun aku menanti
kini kau berdiri
di sisi..
dengan putih di kaki.


P/S: selamat berpesta air dan selamat bekerja kawan-kawan.jangan tension

Saturday, November 21, 2009

Husna Binti A. Hamid

"aziman, nape ko x penah nak paham.. im lost, i need shahrihelmi, i miss him"- husna


bukan aku tak penah nak paham atau buat2 tak paham, husna..
bukan aku tak rindu, bukan aku tak perlu akan dia...
tapi kita semua kena terima..
Qada dan Qadar Allah.

1 NOVEMBER 2009/13 ZULKAEDAH 1430

dungun...7.30
pagi ahad yang dingin...
mentari masih lagi merangkak...
kuasa Allah mengatasi segalanya...
aku kehilangan seorang saudara...

Al-Fatihah

Wan Shahrihelmi (yie@mat min) Bin Wan Ahmad
(1981-2009)