Thursday, February 25, 2010

lesung art

6.30 petang..lepak jap kat cherating. jumpe abg mat dan pak usop. tengok arca2 yang baru siap. tibe2 petang ni diaorang sembang2 pasal manusia. aku tumpang mendengar dan mengambil ilmu dengan pe yang disembangkan.

ape yang pasti..berfikir bile satu persoalan dilontar..

kenape manusia sukar menjadi umat Muhammad yang sebenar?

Tuesday, February 23, 2010

gua musang.

acik ambik aku kat plaza tol bentong.die dari kL..anak buah pun ada.tunaikan tanggungjawab di surau plaza tol.masuk pekan bentong.masih meriah dengan sambutan tahun baru cina.tanglung di sana sini..abg mie ajak aku makan kat raub..farhan corner katanye.aku ikut je.tiket bas kL-gua musang aku buang terus,rugi 25 riyal.

lepas makan kat raub, DG 1818 menyusuri ke gua musang..aku lena dalam letih..banyak berfikir kot.tentang kehidupan.tentang masa depan.tentang halatuju badan.kadang2 banyak berfikir tentang DIA..DIA yang berjaya menewaskan aku.

kul 11.25 mlm.aku sampai kat tempat yang pernah aku cari rezeki.dari penjual kuih di pasar ramadhan,penjual makanan di R&R, penjaga kedai runcit, penjual baju bundle. dan last sekali aku jual burger. di sini,di pekan gua musang.banyak nostalgia di sini.

jumaaat..hubungi azim.budak negeri sembilan tapi cari rezeki di sini. dulu keje dengan Felcra.tapi sekarang dah keje kat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.jaga kelapa sawit.lepak2 kat kedai cina di bandar lama.minum kopi o dan telur separuh masak.sembang2 pasal seni,pasal gigs, pasal bundle, pasal bangkok, pasal projek ke kL, pasal cinta dan pasal pemikiran yang bebas.

amran lak ajak minum air.tak sangka dah besar bisnes die.lepak kat kedai pok ya roti canai. sembang2 pasal kehidupan di dunia hari nie. amran ajak aku naik ipoh.aku tolak. sekarang kawan2 kat sini sedang duk gile dengan ikan kelisa.nak gi ipoh cari ikan tu ar.

lepas jumaat lepak kat umah azim.teringat naim.budak johor yang pernah mendiami kediaman bujang ni. naim pun keje kat Perbadanan Menteri besar kelantan.die dah kawin.dah dapat anak pun.naim nak jadi orang kelantan bile cakap kat aku yang die nak kawin dengan najihah..budak machang..dah jadi ayah kau, naim.

azim bagi aku lukisan yang die baru lukis..die memang budak senia ar..minat puisi..minat muzik..giler gigs.dan sekarang dah mule nak serius dengan lukisan..kepale aku dengan azim same..

dan yang pasti..aku dapat anak buah baru..baru 20 ari lebih..Amiera Umairah Mohd Azuha..aliesa umairah dah ada kawan.

Friday, February 19, 2010

dari geliga ke kuala lumpur

tiba-tiba
rasa nak blah
dari tempat ni
buat seketika

kadang-kadang penat
kadang-kadang tenat
kadang-kadang meluat

kadang-kadang resah
kadang-kadang lelah
kadang-kadang menyampah

kadang-kadang rindu
kadang-kadang buntu
kadang-kadang bisu

bro,
gua nak turun
di sini
plaza tol bentong.

Wednesday, February 17, 2010

teratak cherating

asar berlalu
tidak menunggu
untuk maghrib berwaktu
malam tetap setia
menunggu siang
menyingsing fajar

bingung
dalam kebodohan
sendiri

ain,
kau masih
belum jelas
dalam samar
hanya bayangan

dengan janji
bayangan yang samar
tak kan
dikejar lagi.

Thursday, February 11, 2010

berhenti di sini.

ain
kau muncul kembali
telah lama kau hilang dalam jasad ini

ain
kau datang dalam terang
tanpa cahaya

ain
berdiri kau di sini
untuk menguji kah?

ain
aku kebingungan!!

jasad melawan jisim

khamis 4 februari 2010
6 pagi waktu hujung kuala lumpur.

solat subuh di surau hampir dengan lcct
dingin pagi yang menyejukkan jasad
saat air menjadi wudhuk
mobil di kiri kanan jalan
asap rokok dihembus
dunhill bro
tak main cap topi.

minum pagi
old town coffe house
kopi, telur dan nasi lemak
amoi di meja sebelah bersama pacar
terkejut beruk anak malaya
makan pagi cecah rm50
kuala lumpur oh kuala lumpur

panggilan kuala lumpur bangkok dibuka
dengan macam-macam gelagat manusia
tengok betis tengok peha
AK 738 ke bangkok
awek kazakhtan disebelah
rambut perang
seksi beb.

suvarnabumi airport bangkok
tetap ceria
walau taksin tidak berkuasa.