Thursday, December 30, 2010

sedikit mengenai kuliah di indonesia.

jam 9 pagi waktu kolumpur.
berlepas ke jakarta.
macam biasa.
pesawat air asia.

jam 10 pagi waktu jakarta.
lapangan terbang antarabangsa sukarno hatta.
tiba dengan tenang.
airport nye biase-biase saje.
dengan dekorasi jawa.

edwin, pemandu pelancong.
membawa ke pusat bandar.
nasi padang di restoran garuda.
tanah abang yang memeningkan dan memenatkan kepala.

sari pacific hotel.
tempat rakyat malaysia kebiasaan nye.

makanan laut.
di ancol.
macam-macam manusia.
malam krismas.
bingit dan bising.
itu biasa.

berlabuh 2010 dengan kepelbagaian.

tahun ni.
banyak perkara yang aku berkuliah.
yang pasti kuliah ni perlu kesabaran.
dalam memperolehi pengalaman.

kata orang putih.
pengalaman adalah guru yang kejam.
sebab ia menguji terlebih dahulu.
kemudian baru memberi pengajaran.

tahun ni.
tiga kali.
kuliah paling giler.
mac kuliah di bangkok.
september kuliah di hatyai.
dan
krismas kuliah di jakarta dan bandung

dan yang pasti.
bangkok menjanjikan sesuatu.
sesuatu yang tak pasti.

2010.

anugerah 2010 dari serirama dan pok dogol.


presiden dunia paling cool
ahmadenijad.

raja paling cool
sultan faris petra.

penyokong bolasepak tempatan paling cool
red warriors.

penyokong bolasepak luar negara paling cool
indonesia.

ahli politik paling cool
samy vellu.

blogger paling cool
abdullah jones.

pelakon video lucah paling cool
luna maya.

fotografer paling cool
ustaz azhar idrus.

filem tempatan paling cool
belukar.

drama tempatan paling cool
halimah jongang.

artis paling cool
pyan habib.

artis janda paling cool
raja azura.

Wednesday, December 29, 2010

tanah tumpah darahku....

tahniah untuk semua.
Rajagopal dan anak buah.
Dari bukit jalil ke gelora bung karno.
Membawa harimau membunuh ego garuda.

Tahniah kawan-kawan.
Penyokong malaysia.
Dari ceo hingga pelacur..

Kami anak malaysia.
Kami pewaris bangsa.
Rela apa saja.
Demi.
Demi, malaysia tercinta.

tiba-tiba jari kembali menari.

agak lama
lama sungguh
sunyi
tanpa ada sesuatu

akhirnya
kembali menari.

Thursday, June 17, 2010

lame dah tak buang masa kat sini. bukan takde mase..tapi aku malas. dan yang pasti malas kena buang sikit.

Tuesday, March 30, 2010

fikir itu cermin hati.

berfikir seminit
untuk sesuatu yang panjang.
untuk kehidupan.

Tuesday, March 23, 2010

bila rumi menari.

khamis malam jumaat
nak beruzlah ke kl
layan kebebasan
layan ilmu
pwtc, central market.

Monday, March 22, 2010

family.

walau berbeda pemikiran, berbeda falsafah.
keluarga ini terus kukuh.

syukur pada Mu Ya Khaliq!

hidup mesti terus.

abg mie cakap.
cari sendiri la calon untuk kahwin.
abg mat kritik bila cakap nak kahwin umur 30.
dia cakap tahun ni adalah last untuk jadi bujang.
kak tie suruh serius dalam mencari jodoh.
dia cakap cukup lah main-main.
mak su dah pula suruh cari calon yang dekat-dekat.
dia cakap nanti senang.
acik tanye bagaiman aku.
bila lagi.

kak tie dah janji sesuatu kalau benar aku serius.
abg mat pun begitu.
bonda dan ayahanda.
membisu tanpa hujah.
semua diserah
pada aku.

dan secara realiti
semasa awan putih
menurunkan hujan
aku masih lagi berdiri bisu.

putih suci.

tunggu bas untuk ke kota bharu. lame dah tak singgah di bumi cik siti wan kembang. tanah rendah sekebun bunga. bile dah sampai pasir puteh, abang aku pula suruh turun dan naik bas ke machang. dia nak ambil aku kat situ. aku naik teksi. bayar sebuah kereta. 20riyal.

jalan kota baru-kuala krai, dekat dengan kota darunaim. aku ambik RJ121.

16. mac. 2010.

jebat tanpa taming sari. dang wangi berlalu sepi.

Sunday, March 21, 2010

cuti.

4.00 petang

dari bukit kuang menuju ke kuala terengganu. melalui kerteh. melintasi paka. paka yang banyak memberi aku ruang untuk bersahabat. perjalanan yang agak jauh. lama benar aku tidak pulang ke kampung dengan kereta. last sekali aku 'drive' balik besut pada aidilfitri yang lalu. singgah jap kat masjid rantau abang. tunai tanggungjawab. rantau abang yang kini tinggal nama. setelah penyu tidak lagi singgah untuk berteduh. kenapa jadi begitu. semua silap kita. kita yang bernama manusia yang berakal.

6.00 petang

kelopak mata dah layu. singgah jap kat kuala ibai. tengok bundle. saje2 berenti. bukan nak beli pun. sejak aku kenal chak tuk chak, aku malas dah nak beli barang bundle kat malaysia. mahal sangat. barang tak 'rare' pun.

talipon pok mat. dia takde kat batu rakit. dia keje siang kat paka. tak jadi singgah umah dia. terus ke gong badak. janji dengan mahirah. nak dinner dengan dia. tapi dia puasa. last2 aku teman dia buka puasa kat restotan rimba kat tok jembal. mahirah, rakan masa kat madrasah maarif dulu. baru abis buat sarjana muda kat uitm. banyak cerita keluar. tentang kerjaya, tentang keluarga, tentang cinta. dia nak bertunang tahun ni.

lepas maghrib aku terus blah dari kuala terengganu.

9.30 malam

macam nie la kalu aku balik dengan kereta. pasti akan tibe lambat kat umah. banyak tempat singgah. tengok manusia. tengok syurga.

Sunday, March 14, 2010

perarakan itu berlalu pergi

banyak benda lagi yang perlu aku belajar.
belajar untuk sabar
belajar menerima kritikan
dan
belajar memahami orang lain.

belajar terus belajar.

Saturday, March 6, 2010

datang dan pergi

ain
muncul mu
tak ku undang

ain
datang mu
tak ku jemput

ain
pulang mu
tak ku hantar

tapi
kenapa
dengan tiba-tiba

kau
merubah segalanya.

mitos

sejuk
dengan sunyi
penat
dengan letih
lelap
dengan khayalan

ada apa dengan mitos
benar
atau bohong

kadang-kadang
pandangan orang tua
perlu didengar
walau
saat itu
sudah berlalu
dan tak muncul
lagi

tertinggal bas

perjalanan dalam "bilik kuliah" ni takde penghujung. banyak benda perlu diambil sebagai ilmu. setiap perjalanan aku menemukan pelbagai kertas kerja manusia. manusia yang pelbagai. pelbagai ide, pelbagai pemikiran, pelbagai mazhab, pelbagai anutan. yang pasti ada sesuatu disebalik kepelbagaian.

semakin aku berkuliah, semakin banyak aku berfikir. fikir tentang manusia yang ada disekeliling. jauh dekat. muda tua. lelaki wanita. cun hensem. seksi smart. cerdik bodoh. kaya miskin. berpengaruh pengemis.

dan yang pasti.aku perlu membersihkan kalbu.hati.kerna disitulah segalanye. mulut minum kopi o kerna hati. kaki melangkah kerna hati. tangan menulis kerna hati. semuanya hati. kebaikan atau keburukan.

Thursday, February 25, 2010

lesung art

6.30 petang..lepak jap kat cherating. jumpe abg mat dan pak usop. tengok arca2 yang baru siap. tibe2 petang ni diaorang sembang2 pasal manusia. aku tumpang mendengar dan mengambil ilmu dengan pe yang disembangkan.

ape yang pasti..berfikir bile satu persoalan dilontar..

kenape manusia sukar menjadi umat Muhammad yang sebenar?

Tuesday, February 23, 2010

gua musang.

acik ambik aku kat plaza tol bentong.die dari kL..anak buah pun ada.tunaikan tanggungjawab di surau plaza tol.masuk pekan bentong.masih meriah dengan sambutan tahun baru cina.tanglung di sana sini..abg mie ajak aku makan kat raub..farhan corner katanye.aku ikut je.tiket bas kL-gua musang aku buang terus,rugi 25 riyal.

lepas makan kat raub, DG 1818 menyusuri ke gua musang..aku lena dalam letih..banyak berfikir kot.tentang kehidupan.tentang masa depan.tentang halatuju badan.kadang2 banyak berfikir tentang DIA..DIA yang berjaya menewaskan aku.

kul 11.25 mlm.aku sampai kat tempat yang pernah aku cari rezeki.dari penjual kuih di pasar ramadhan,penjual makanan di R&R, penjaga kedai runcit, penjual baju bundle. dan last sekali aku jual burger. di sini,di pekan gua musang.banyak nostalgia di sini.

jumaaat..hubungi azim.budak negeri sembilan tapi cari rezeki di sini. dulu keje dengan Felcra.tapi sekarang dah keje kat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.jaga kelapa sawit.lepak2 kat kedai cina di bandar lama.minum kopi o dan telur separuh masak.sembang2 pasal seni,pasal gigs, pasal bundle, pasal bangkok, pasal projek ke kL, pasal cinta dan pasal pemikiran yang bebas.

amran lak ajak minum air.tak sangka dah besar bisnes die.lepak kat kedai pok ya roti canai. sembang2 pasal kehidupan di dunia hari nie. amran ajak aku naik ipoh.aku tolak. sekarang kawan2 kat sini sedang duk gile dengan ikan kelisa.nak gi ipoh cari ikan tu ar.

lepas jumaat lepak kat umah azim.teringat naim.budak johor yang pernah mendiami kediaman bujang ni. naim pun keje kat Perbadanan Menteri besar kelantan.die dah kawin.dah dapat anak pun.naim nak jadi orang kelantan bile cakap kat aku yang die nak kawin dengan najihah..budak machang..dah jadi ayah kau, naim.

azim bagi aku lukisan yang die baru lukis..die memang budak senia ar..minat puisi..minat muzik..giler gigs.dan sekarang dah mule nak serius dengan lukisan..kepale aku dengan azim same..

dan yang pasti..aku dapat anak buah baru..baru 20 ari lebih..Amiera Umairah Mohd Azuha..aliesa umairah dah ada kawan.

Friday, February 19, 2010

dari geliga ke kuala lumpur

tiba-tiba
rasa nak blah
dari tempat ni
buat seketika

kadang-kadang penat
kadang-kadang tenat
kadang-kadang meluat

kadang-kadang resah
kadang-kadang lelah
kadang-kadang menyampah

kadang-kadang rindu
kadang-kadang buntu
kadang-kadang bisu

bro,
gua nak turun
di sini
plaza tol bentong.

Wednesday, February 17, 2010

teratak cherating

asar berlalu
tidak menunggu
untuk maghrib berwaktu
malam tetap setia
menunggu siang
menyingsing fajar

bingung
dalam kebodohan
sendiri

ain,
kau masih
belum jelas
dalam samar
hanya bayangan

dengan janji
bayangan yang samar
tak kan
dikejar lagi.

Thursday, February 11, 2010

berhenti di sini.

ain
kau muncul kembali
telah lama kau hilang dalam jasad ini

ain
kau datang dalam terang
tanpa cahaya

ain
berdiri kau di sini
untuk menguji kah?

ain
aku kebingungan!!

jasad melawan jisim

khamis 4 februari 2010
6 pagi waktu hujung kuala lumpur.

solat subuh di surau hampir dengan lcct
dingin pagi yang menyejukkan jasad
saat air menjadi wudhuk
mobil di kiri kanan jalan
asap rokok dihembus
dunhill bro
tak main cap topi.

minum pagi
old town coffe house
kopi, telur dan nasi lemak
amoi di meja sebelah bersama pacar
terkejut beruk anak malaya
makan pagi cecah rm50
kuala lumpur oh kuala lumpur

panggilan kuala lumpur bangkok dibuka
dengan macam-macam gelagat manusia
tengok betis tengok peha
AK 738 ke bangkok
awek kazakhtan disebelah
rambut perang
seksi beb.

suvarnabumi airport bangkok
tetap ceria
walau taksin tidak berkuasa.

Sunday, January 10, 2010

setelah molotov itu dinyalakan

"Dan janganlah kamu mencerca mereka yang mengajak kepada selain Allah nescaya mereka juga akan mencerca Allah dalam keadaan permusuhan tanpa sebarang ilmu "
al-anam 109