Tuesday, December 22, 2009

kelepuk kelepuk kelepar buah berangan lokoh kulit.

sebelum mata pejam
sebelum bermimipi
sebelum langit berwarna jingga
sebelum embun kering

anak muda itu berkeputusan
dia berhenti disini
di lampu isyarat ini
walau merah bertukar hijau
dan hijau tak kuning-kuning
dia tetap disini
berhenti
biarlah lebuhraya itu beralaskan permaidani indah
dia tetap berhenti

di kiri
seorang tua
"anak muda,kau harus berprinsip"
"anak muda tidak boleh memijak bahu orang untuk ke atas"
"anak muda perlu berjuang"

anak muda
ain tiada dihujung lebuhraya indah itu
kau perlu kembara lagi
dalam mencari ain.

Sunday, December 20, 2009

soalan itu.

malam itu
berakhir maghrib
bertemu isyak
saat bintang
menemani bulan

mata tidak bertentang
mulut tidak berbicara
hati tidak beraksi

perlukah
aku memberi jawapan
pada persoalan

hari-hari akhir disember





perempuan...inikah yang lelaki cari?

~ Dia pandai berdikari~
Dari saat anda mula mengenalinya dia memang pandai berdikari. Dia tinggal sendiri,pandai tetapkan bajet dan perbelanjaan,tak pernah meminta itu ini,bijak mengatasi masalah peribadi atau kerja.'If she has very own personality and opinions, can stand on her own two feet, both financially and emotionally and is able to enjoy time away from u(at same time still miss u)..and She must be the great Girlfren.

~Dia bijak~
Dia bukan spesis yang asyik mengadu tentang semua perkara.Dia tahu apa yang sedang dibincangkan.Dia pandai menyusun kata apabila berbual n setiasa up to date.Taklah anda bosan kerana pastinya ada saja topik yg hendak dibualkan..Hebatkan..

~Dia cantik~
Opsss..satu pakej lengkap.dia bukan saja cantik dari segi fizikal,dia juga berbudi bahasa,bersopan santun dan berhemah tinggi.Kecantikkan fizikal bukanlah kriteria utama,biarlah dia cantik didalam.Sekurang-kurangnya dia bersopan.Janganlah bila dia bersopan anda pula yang kurang sopan..!

~Dia hormati anda~
Walaupun dalam percintaan atau perhubungan homat adalah penting.Jika anda mahu dihormati,anda juga perlu menghormatinya.Apabila saling menghormati,barulah aman.Namun begitu,jika berlaku perselisihan faham,mengalahlah sekali sekala..Barulah Gentleman!! Mengalah bukan tanda kalah tapi hormat..

~Dia tidak mengubah anda~
Kenapa dia jatuh cinta dengan anda in the first place? It's because of who you are. Jgn, saya ulangi, jgn biarkan wanita ubah siapa diri anda sebenarnya secara keseluruhan. Memadailah dgn mengubah hanya beberapa tingkah buruk anda demi kebahagiaan anda berdua di masa depan. Jika perkara yg remeh seperti makanan kegemaran anda ketika bersarapan ialah nasi lemak sedangkan teman wanita anda pula gemarkan pan cake sbg sarapannya, anda tidak perlulah mengubah sarapan anda dengan memakan pan cake juga.

~Dia tidak cerewet/ membebel~
Dia tidak kisah dimana sahaja anda membawanya makan (termasuklah gerai mamak kegemaran anda), dia tidak membebel cara anda berpakaian (membebel + menegur adalah perkara yg berbeza). Tiada apa yang lebih membosankan selain dari mendengar bebelan wanita yang remeh temeh.

~Dia pandai membawa diri~
Tidak kira ke mana anda membawanya, dia pandai menyesuaikan dirinya dgn persekitarannya. Anda membawanya berjumpa orang tua anda, dia boleh 'klik' dgn mereka. Dia pandai mengambil hati ibu bapa anda. Begitu juga dgn teman2 lain, dia pandai menyesuaikan diri. Anda tak rasa malu untuk membawanya ke mana sahaja.

~Dia menyintai anda~
Ini paling penting. Jika tidak masakan anda berdua boleh menjalinkan hubungan. Bukan sahaja cinta, dia amat menyayangi , menyanjungi dan memuja anda. But don't get carried away. "Dah kahwin, jgnlah hancurkan hatinya. Jagalah dia seperti menjaga dirimu sendiri." Cinta dan sayang adalah berbeza. Seseorang mungkin boleh menyayangi seseorang tapi tidak bermakna dia menyintai orang itu. Tapi apabila dia menyintai seseorang,perasaan sayang turut hadir.

~Dia membuatkan anda mahu jadi lelaki sejati~
Tidak sama dengan dia mahu mengubah anda. Dia akan membuatkan anda berasa teruja dgn diri sendiri dan anda sendiri mahu berubah menjadi lelaki yang lebih sempurna untuknya. Sebelum ini anda tak pernah terfikir langsung utk settle down dan bekerluarga tetapi kini anda nampak wajah anak2 dlm matanya. Hebat bukan...

~Dia teman yang setia~
Tidak kira dlm apa jua keadaan, kala susah atau senang, dialah yang pertama berada disisi anda. Sedia mendengar tiap rintihan anda dan menjadi penenang dikala anda dilanda keresahan.

serirama : ambik kat rezlynn thr

Wednesday, December 16, 2009

selamat tahun baru hijrah 1431 hijrah.

petang khamis
17 disember 2009
pukul 6.15 petang
waktu masjid sultan ahmad shah
jalan kuala terengganu- kemaman
sebelum mentari berlabuh

ayuh, kekasih
kita bersama
di hujung mimbar
demi Addin.

Tuesday, December 8, 2009

setelah perempuan itu pergi.



suatu petang
di perhentian bas
jalan sulaimani ke kuantan
pukul 3.45 waktu kemaman
berdiri seorang perempuan
pakai baju warna hitam
gambar filem hishamuddin rais
'dari jemapoh ke manchestee'
seluar denim biru
dengan jack purceel kaler putih lusuh
beg sandang jenama karrimor
di tangan memegang majalah ROTTW edisi September
cover depan john lennon dan the beatles
serta buku malay delemma karya mahathir mohammad
rambut paras bahu
lesung pipit di pipi kiri
kulit putih macam sofea jane
dalam 'perempuan, isteri dan jalang'

macam biasa
seperti drama-drama yusof haslam
kat rtm
aku tanya soalan bodoh
nak ke mana?
dengan selamba giler
dia jawab
ke tanjung lumpur
buat apa?
makan-makan
ooo..oo
nama apa?
pandang kiri, pandang kanan
tengok depan kedai bundle kemaman
dia jawab
ain.




bersambung....

Tuesday, December 1, 2009

songstar kopitiam, hai peng kopitiam, kemaman station kopitiam

aku nak jadi pengarah. macam Kickdefella dengan 'Persona Non Grata', Adman Salleh dengan 'Amok', U-Wei Hj. Saari dengan 'Perempuan, Isteri dan Jalang', Amir Muhammad dengan 'Lelaki Komunis Terakhir, Namron dengan 'Gedebe'..

aku tak nak jadi pelakon. dan aku tak suka pelakon realiti tv. filem baru akan bermula beb..siapakah yang akan menjadi jebat dan dang wangi. setelah tuah dan teja berlalu.