Tuesday, February 23, 2010

gua musang.

acik ambik aku kat plaza tol bentong.die dari kL..anak buah pun ada.tunaikan tanggungjawab di surau plaza tol.masuk pekan bentong.masih meriah dengan sambutan tahun baru cina.tanglung di sana sini..abg mie ajak aku makan kat raub..farhan corner katanye.aku ikut je.tiket bas kL-gua musang aku buang terus,rugi 25 riyal.

lepas makan kat raub, DG 1818 menyusuri ke gua musang..aku lena dalam letih..banyak berfikir kot.tentang kehidupan.tentang masa depan.tentang halatuju badan.kadang2 banyak berfikir tentang DIA..DIA yang berjaya menewaskan aku.

kul 11.25 mlm.aku sampai kat tempat yang pernah aku cari rezeki.dari penjual kuih di pasar ramadhan,penjual makanan di R&R, penjaga kedai runcit, penjual baju bundle. dan last sekali aku jual burger. di sini,di pekan gua musang.banyak nostalgia di sini.

jumaaat..hubungi azim.budak negeri sembilan tapi cari rezeki di sini. dulu keje dengan Felcra.tapi sekarang dah keje kat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.jaga kelapa sawit.lepak2 kat kedai cina di bandar lama.minum kopi o dan telur separuh masak.sembang2 pasal seni,pasal gigs, pasal bundle, pasal bangkok, pasal projek ke kL, pasal cinta dan pasal pemikiran yang bebas.

amran lak ajak minum air.tak sangka dah besar bisnes die.lepak kat kedai pok ya roti canai. sembang2 pasal kehidupan di dunia hari nie. amran ajak aku naik ipoh.aku tolak. sekarang kawan2 kat sini sedang duk gile dengan ikan kelisa.nak gi ipoh cari ikan tu ar.

lepas jumaat lepak kat umah azim.teringat naim.budak johor yang pernah mendiami kediaman bujang ni. naim pun keje kat Perbadanan Menteri besar kelantan.die dah kawin.dah dapat anak pun.naim nak jadi orang kelantan bile cakap kat aku yang die nak kawin dengan najihah..budak machang..dah jadi ayah kau, naim.

azim bagi aku lukisan yang die baru lukis..die memang budak senia ar..minat puisi..minat muzik..giler gigs.dan sekarang dah mule nak serius dengan lukisan..kepale aku dengan azim same..

dan yang pasti..aku dapat anak buah baru..baru 20 ari lebih..Amiera Umairah Mohd Azuha..aliesa umairah dah ada kawan.

No comments: