Monday, January 17, 2011

antara 'nekbat dan akok kedut'

secawan kopi o.
panas.
sekeping roti bakar dengan kaya.
penjuru sebuah kedai lama.

bising.
dengan pelbagai berita.
mengalahkan tv3.
dan utusan malaysia.

namun yang pasti.
di sini bukan tempat untuk bicara.
tentang INTERLOK.
di sini juga bukan tempat bercinta.
uda dan dara.

yang pasti.
ini tempat rakyat.
melayu..
cina..
india..
kadazan..
iban..
siam..
semoq beri..

berkenalanlah kalian.
dengan jujur.
jangan berlakon.
demi.
sebuah negara bangsa.

No comments: