Sunday, January 30, 2011

minum air di kota lumpur.

(1)
jumaat..kopi o, telur separuh masak dan roti bakar.
kedai kopi kemaman hotel.kedai cina.
ada tanda 'orang islam dilarang meminum minuman keras'.
berserapan pagi.kebiasaanya di haipeng.
tukar kedai pada hari minggu.

(2)
perut dah diisi.bermulalah buang masa ke kolumpur.
dengan tujuan utama 'minum air di KL'.
melepasi jabor.tiba2 popular sejak ada tol.
dulu kawasan komunis.
singgah hentian temerloh.teh o dan bihun sup.
entah dari mana..muncul bos cik man dan driver.
'berigat bodo' dengan bos.
macam janji, muncul pula bos cik wa dengan isteri.
hey orang bujang, ke mana korang.

(3)
jam 2 petang.sampai KL.Ciklah tinggalkan aku kat stesen monorel chowkit.
ciklah ke putrajaya jumpa cintanya.dari chowkit ke pasar seni.
jalan kaki.hobi paling digemari.tengok orang, tengok cinta.
lepak jap pasar seni.tengok lukisan.tengok harapan.

(4)
KL sentral.padat..macam ulat.
dua kali komuter ke mid valley aku tak dapat masuk.
ke monorel.tuju bukit bintang.naik sungai wang.turun lot 10.
macam-macam gelagat.macam-macam tabiat.
ke the mall untuk ke komuter putra.
turun sungai buloh.
ada cerita sebalik komuter.
berbual dengan makcik cina.dia sedang menunggu anakanda tercinta balik untuk menyambut 'lebaran'.
dia tinggal kat kota damansara.keje menolong orang buat rumah.
siapa kata semua orang cina kaya.
kulit dah berkedut masih membanting tulang.menyara keluarga.
suami pun keje buruh kasar.
makcik cina tu cakap, hari ini semua mahal.
ada duit boleh raya.takde duit hidup macam biasa.

(5)
sebelum meninggalkan stesen sungai buloh.
selamat tahun baru cina makcik.
..dan dia balas, terima kasih.

No comments: