Tuesday, January 18, 2011

lebai.

di bawah ni sebuah puisi yang dibacakan oleh lebai, budak fakulti seni dan gunaan. lebai antara kawan-kawan yang menyertai projek giler kat kolej alamanda, unimas pada tahun 2005. dan 2011, aku kembali mencari di mana lebai sekarang. setelah tali silaturrahim itu terputus di sebalik sungai rejang.



"tertipu laungan"

Aku masih ingat…
Subuh itu
Aku bangun dari perbaringan
Walhal ada yang masih lena di kala itu
Mungkin aku terpilih kerana percaturan yang aku sendiri tidak tahu
Laungan tersebut dari mulut seorang gembala
Mengenai perjuangan membebaskan bangsa..pertiwi.. minda. dan agama
Ramai pemuda pemudi
Dari segenap lorong keramat dan kedai kopi
Terdengar paluan hiruk pikuk gendang peperangan
Bergegar seluruh bumi serta umat timur dan barat
Bangkit kejalanan!
Kami keluar…
Mencari agar ketemu…
Pemukul gendang dan panglima perang yang bersilat ditengah gelanggang
Hati kami luka luka kecil
Badan letih lesu tapi puas
Pencarian kami hujungnya longlai
Tidak ada pertempuran hebat mahupun orang bersilat digelanggang
Mempertahankan agama…bangsa…pertiwi dan minda
Di atas bukit tinggi itu…
Yang ada hanya
Pertandingan bogel membogelkan air muka dua orang pelakon utama
Pertandingan bogel membogelkan…
Sketsa opera
laungan…gendang…dan hiruk pikuk peperangan semakin surut
Akhirnya marhein..
ulamak..
ibu bapa.
mahasiswa
dan pelajar tabika jualah yang setia di rumah setinggan
makan nasi lauk kepala ikan bilis di atas pinggan ayan
rentetan peperangan ilusi minda pemimpin keparat
Tidak adapun pertemuan baru yang membahagiakan kami
Kami pulang ke rumah masing masing
Untuk tidur
Dan di subuh berikutnya tiada lagi laungan penipuan gembala itu
Yang jelas hanya…
Kedengaran laungan muazin di hujung kampong
Mempersilakan tetamu istimewa berkumpul mencari redha
Kami sedar mungkin rahmat telah turun semula
Setelah kami tertipu seketika mendengar laungan gembala dahulu
Lalu segerombolan umat sekali lagi sedar dan pergi ke jalanan
Kali ini sedikit berbeda
Tidak ada gendang…panglima..orang bersilat ataupun gembala
Tetapi yang ada hanya gelanggang seluas alam maya
Dan terpulang kepada kami untuk bersilat atau tidak
Dihadapan PENCIPTA kami…


fauzi-MFA
TELAH DI DEKLAMASIKAN PADA MALAM KEMBARA SENI 2005
KOLEJ ALAMANDA KAMPUS TETAP UNIMAS

No comments: